Bagaimana Kami Mengira

Apa makna markah-markah ini?

Hubungan

Hubungan adalah berapa mudah rakyat nak menghubungi Ahli Parlimen tersebut.

Markah ini adalah dikira daripada media sosial (Facebook, Twitter, Instagram dan laman web peribadi Ahli Parlimen) dan maklumat pusat khidmat (Google Maps, Facebook Page) Ahli Parlimen, dan jumlah maksimum sebanyak 10 poin diberikan di bawah kategori ini.

Nilai dan kriteria bagi pemarkahan ini adalah seperti berikut:

Ruang Nilai Kriteria Sumber
Facebook 2 0 – Tidak tersedia/Tidak diketahui,
1 – Ada tetapi Tidak Aktif, kadar maklum balas adalah perlahan,
1.5 – Biasa, memberi 75% maklum balas dalam seminggu,
2 – Bagus, memberi 90% maklum balas dalam satu jam.
Facebook
Twitter 1 0 – Tidak tersedia/Tidak diketahui,
0.5 – Ada tetapi Tidak Aktif,
1 – Normal dan Aktif (1 kiriman pada bulan lepas bagi Twitter dan Instagram, Dikemaskini sekurang-kurangnya sekali setahun bagi laman web).
Twitter
Instagram 1 Instagram
Laman Web 1 Laman web Ahli Parlimen
Pusat Khidmat 2 0 – Tidak tersedia/Tidak diketahui,
1 – Ada tetapi tidak Aktif
2 – Ada dan Aktif
Google Maps, Laman Facebook Ahli Parlimen
Nombor Telefon 1.5 0 – Tidak tersedia/Tidak diketahui,
1 – Ada tetapi tidak Aktif
2 – Ada dan Aktif
E-mel 1.5

* Setakat ini, keaktifan belum dikira. Oleh kerana itu, kalau terdapat laman tersebut, markahnya akan diberi penuh

Ketelusan (Belum Sedia)

Nota: Setakat ini, data tidak mencukupi untuk kategori ini. Kalau ade YB yang nak submit, tolong emel kita [email protected] ye?

Ketelusan dinilai berdasarkan keterbukaan Ahli Parlimen dengan maklumat kewangan mereka – apa yang mereka miliki (aset) dan apa yang mereka peroleh (pendapatan). Untuk memastikan markah ini sahih, pengisytiharan yang dilakukan tidak boleh melebihi 5 tahun lepas. Sebarang penyata atau pengisytiharan yang lebih lama dari itu tidak akan diambil kira.

Markah ketelusan kami dikira dengan mengumpul data mengenai aset pengisytiharan pendapatan dari sumber yang tersedia buat pihak awam seperti portal Pengisytiharan MACC serta penghantaran sukarela daripada Ahli Parlimen anda, dengan markah maksimum sebanyak 10 poin bagi kategori ini.

  • MACC – portal rasmi bagi pegawai kerajaan terutamanya menteri kabinet untuk mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka, anda boleh ketahui lebih lanjut pada pautan ini.
  • CTOS – laporan kredit peribadi bagi setiap Ahli Parlimen yang memperincikan maklumat kredit dan pemilikan syarikat. Ini mungkin antara laporan paling terperinci yang anda boleh lihat, tapi ia hanya diberikan secara individu, sebab itulah kami perlukan Ahli Parlimen untuk menghantar maklumat ini secara sukarela kepada kami. Bagi tujuan ketelusan, ini adalah maklumat CTOS pengasas bersama kami sebagai rujukan.
  • Pengisytiharan Statutori – Pengisytiharan Statutori adalah kenyataan rasmi untuk menegaskan kesahihan satu-satu kenyataan adalah benar sepanjang pengetahuan pemberi kenyataan. Ia perlu ditandatangani dengan kehadiran pesuruhjaya sumpah atau sebarang notari awam.

Nilai dan kriteria bagi pemarkahan adalah seperti di bawah:

Ruang Nilai Kriteria Sumber
Pendedahan Aset 6 MACC – 1 poin
CTOS – 3 poin
Penyataan Statutori – 2 poin
MACC
CTOS
Penyataan Statutori
Pendedahan Pendapatan 4 MACC – 4 poin
Penyataan Statutori – 2 poin

Kesetiaan

Kesetiaan dinilai daripada berapa kerap Ahli Parlimen bertukar parti, perikatan/gabungan serta kawasan pilihan raya.

Ini adalah antara perkara utama yang kami ingin paparkan sewaktu melakar konsep laman ini. Nilai dan pemarkahan adalah seperti di bawah:

Ruang Nilai Kriteria Sumber
Tukar parti 5 5 * (1 / # parti yang ditukar) Arkib Pilihanraya SPR
Wikipedia
Arkib Parlimen
Perikatan / Gabungan 2 2 * (1 / # perikatan yang ditukar)
Kawasan Pilihanraya 3 3 * (1 / # Kawasan yang ditukar)

Kadar Menang

Kami berpendapat bahawa ianya penting untuk mengetahui kadar kemungkinan Ahli Parlimen untuk mengekalkan kerusi mereka. Kadar menang kami adalah dikira berdasarkan data pilihan raya yang lalu, dengan 10 poin maksimum di bawah kategori ini.

Nilai dan pemarkahan adalah seperti di bawah:

Ruang Nilai Kriteria Sumber
Purata Kadar Kemenangan 6 Jumlah Kemenangan / Jumlah Pilihanraya yang Ditandingi Arkib Pilihanraya SPR
Portal Data Kerajaan
Wikipedia
Purata Margin Kemenangan 4 Purata Undi yang Diperoleh daripada 3 Pilihanraya Lepas / Jumlah Pemilih

Etika Kerja

Penting untuk anda mengetahui yang Ahli Parlimen anda bekerja keras buat rakyat. Kami mengira markah etika kerja Ahli Parlimen dengan meneliti sumber rasmi rekod parlimen iaitu daripada Hansard buat penyertaan mereka dalam mempersoalkan polisi kerajaan, membentangkan cadangan dan akta, dan penyertaan mereka dalam Jawatankuasa Parlimen.

Apa yang hairan, kehadiran parlimen tidak dikeluarkan buat orang awam (walaupun ianya direkodkan kerana Ahli Parlimen perlu menandatangani kehadiran mereka). Walau bagaimanapun, kami bertujuan ingin menjejak kehadiran Ahli Parlimen dengan kerjasama rakan kami di Undi18 sebaik sahaja Darurat tamat. Oleh kerana keadaan darurat pada masa ini, nilai bagi ruang-ruang di bawah mungkin akan berubah.

Sejak July 2021, HANSARD telahpun bermula menjejak kehadiran Ahli Parlimen. Namun, kehadiran ini hanya dijejak sekali sehari – tidak seharusnya bermakna ahli tu hadir sepanjang hari.

Ruang Nilai Kriteria Sumber
Kadar Kehadiran 5 # Sesi yang Dihadiri / # Sesi Rekod Parlimen
Hansard
Pemerhatian Undi18
Soalan yang Ditujukan Pada Setiap Sesi 2 # Soalan yang Ditanya / # Sesi (2 cukup untuk markah penuh)
Pembentangan Cadangan Bagi Setiap Sesi 1 # Cadangan yang Dibentangkan / # Sesi (1 cukup untuk markah penuh)
# Jawatankuasa Kerja yang Disertai 2 # Jawatan (2 cukup untuk markah penuh)