FAQ Lazim

Am

Siapa yang mengasaskan MyMP?

MyMP pada asalnya diasaskan oleh MCCHR (Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights) pada tahun 2014, sebagai sebahagian daripada inisiatif UndiMsia!untuk mendidik pengundi-pengundi muda tentang proses dan langkah-langkah yang terlibat dalam parlimen Malaysia.

Apa yang anda lihat sekarang adalah apa yang kami gelar (sesama kami) MyMPv2, dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan pada tahun 2020 dengan kerjasama MCCHR. Sementara projek yang asal berjaya mencapai sehingga 8 ribu pengundi muda di kawasan bandar, matlamat MyMPv2 adalah untuk mencapai lebih ramai lagi rakyat, dan memainkan peranan dalam menjadi pemerhati prestasi Ahli Parlimen di Malaysia.

Kenapa kami tak gunakan versi MyMP yang terdahulu sahaja?

Versi lama MyMP memang bagus, tapi kami mahukan antara muka yang lebih dinamik, dan antara cadangan paling utama adalah antara muka yang mirip permainan RPG, dengan karakter 8 bit untuk memaparkan ahli politik Malaysia dalam cara yang menarik, pada masa yang sama tidak menyebelahi mana-mana parti.

Kami juga ingin menjejak lebih banyak maklumat berbanding apa yang mampu dilakukan oleh laman yang terdahulu – contohnya, margin kemenangan dalam pilihanraya, serta jumlah parti serta ikatan yang telah disertai bagi setiap ahli politik.

Siapa yang lukis karakter 8-bit ini?

Kami dapatkan khidmat pereka tempatan Malaysia iaitu Ivan melalui syarikatnya Alchy.my untuk melakar ilustrasi potret yang comel ini. Kami tak bayar banyak pun, jadi kami harap anda boleh tunjukkan penghargaan dengan memberi Alvin lebih banyak kerja!

Bagaimana MyMP dibiayai?

MyMPv2 dibiayai oleh MCCHR melalui geran-geran. Anda boleh meyakini bahawa kami tidak menerima dana daripada sebarang parti politik di Malaysia.

Adakah MyMP dimiliki oleh DAP/UMNO/PAS/KJ/PN?

Tidak. Sila rujuk jawapan di atas. Pengasas-pengasas kami bersedia untuk diperiksa jika kami ada sebarang campur tangan politik kerana latar belakang kami melibatkan interaksi dengan kedua-dua belah aliran politik, dan matlamat kami adalah untuk meningkatkan prestasi ahli politik Malaysia, tidak mengira pihak. Sila hantar e-mel ke [email protected] bagi sebarang temuduga dan pertanyaan.

Apa tujuan MyMP menilai Ahli Parlimen?

Sebenarnya ada banyak maklumat berkenaan Ahli-ahli Parlimen yang tersedia secara percuma melalui hansards (rekod rasmi parlimen Malaysia), Wikipedia, dan sumber-sumber lain seperti SinarProject. Namun, data tersebut biasanya sukar untuk dibaca, dan biasanya hanya digunakan oleh golongan penyelidik.

Apa yang kami ingin capai adalah satu cara bagi orang awam untuk melihat maklumat ini dalam bentuk yang ringkas dan tepat. Apabila lebih ramai rakyat yang boleh mencapai data ini, lebih ramailah pengundi yang terdidik. Dan ini akan dapat mempertanggungjawabkan Ahli-ahli Parlimen untuk melaksanakan tugas terhadap rakyat yang telah memilih mereka.

Bolehkah saya menghubungi Ahli Parlimen melalui laman ini?

Fokus kami bukanlah untuk menjadi tapak perhubungan kepada Ahli-ahli Parlimen. Sebaliknya, tumpuan kami adalah untuk memberi tekanan kepada Ahli Politik supaya mereka lebih sedia dihubungi rakyat, sebab itulah anda boleh melihat markah Hubungan bagi mana-mana Ahli Parlimen.

Ada antara mereka yang tidak mempunyai akaun media sosial mahupun pusat perkhidmatan, dan perkara ini adalah penting untuk kami nyatakan. Bagi yang ada, anda boleh menghubungi mereka melalui pautan di setiap profil Ahli parlimen.

Cari Ahli Parlimen sekarang!

Bolehkah saya gunakan maklumat ini bagi laman web saya?

Hampir kesemua maklumat di laman web ini adalah tersedia buat pihak awam. Kami sarankan anda beri pautan secara terus. Namun, jika anda ingin menggunakan sebarang analisis, atau lukisan-lukisan pada laman ini… sila berikan kredit kepada kami, atau hubungi kami di [email protected].

Boleh saya membantu?

YA! Kami sentiasa mencari sukarelawan dan sumbangan terhadap usaha ini. Sila beri bantuan jika anda mampu. Klik sini Click here untuk melawat laman sukarelawan kami.

Saya seorang Ahli Parlimen

Apa yang boleh saya lakukan di sini?

Jika anda laksanakan tugas anda dengan tulus buat manfaat rakyat, itu sudah bagus! Anda boleh semak maklumat peribadi anda pada laman ini untuk memeriksa sama ada ianya tepat. Jika tidak, sila ‘flag’ halaman tersebut dan hantarkan butiran kepada kami supaya kami boleh melakukan kemas kini.

Bagaimana jika maklumat saya tidak tepat/lengkap?

Kami ada fungsi untuk ‘flag’ halaman bagi setiap profil Ahli Parlimen. Sila beritahu kami maklumat apa yang perlu disunting dan kami akan buat sebaik boleh untuk membetulkannya.

Bagaimana saya boleh tingkatkan markah saya?

Anda boleh akses sistem pemarkahan kami di sini. Apabila anda meningkatkan metrik anda, atau memberitahu kami sekiranya anda telah melakukan apa-apa tugas (contohnya menghantar pengisytiharan CTOS), kami akan kemas kini markah seadanya.

Pemarkahan

Pemarkahan Ahli Parlimen

Siapa yang menentukan markah?

Markah adalah dikira berdasarkan data masa nyata. Namun, algoritma adalah ditentukan oleh admin MyMP dan MCCHR, dengan khidmat nasihat daripada jurnalis, Ahli-ahli Parlimen serta badan NGO yang lain. Jika anda ada sebarang cadangan atau bantahan dengan algoritma (akses di sini), sila beritahu kami.

Kami juga akan berusaha untuk membuka perbincangan dengan orang awam mengenai algoritma ini, kerana ia sepatutnya mencerminkan apa yang rakyat MAHU tahu tentang Ahli-ahli Parlimen mereka.

Buat masa ini, anggaplah algoritma ini sebagai satu cara yang mudah untuk memahami data, dan bukannya sistem ‘ranking’ semata-mata. Apa yang lebih penting adalah data itu sendiri. Kami hanya menyediakan cara yang mudah untuk anda menyemak kualiti Ahli-ahli Parlimen secara sekilas pandang.

Berapa kerap markah ini dikemas kini?

Setelah kumpulan pertama data dimasukkan, kami akan mengemas kini maklumat ini secara tahunan jika dana kami cukup. Selain daripada itu, kami juga akan melakukan kemas kini bila:

  • Ada pilihan raya, di mana Ahli-ahli Parlimen baru perlu ditambah, dan yang lama dibuang (data masih disimpan di dalam arkib).
  • Ada pertukaran kerusi, sama ada daripada pilihan raya kecil atau sebarang situasi lain
  • Maklumat baru diperkenalkan – contohnya bila seorang Ahli Parlimen mengisytiharkan CTOS, atau laman web baru bagi seseorang Ahli Parlimen dilancarkan.
  • Apabila laman Ahli Parlimen ditanda kerana tidak tepat – kami akan berusaha untuk membetulkannya secepat mungkin.

Apa maknanya markah-markah ini?

Sumber Data

Berapa tepat data MyMP?

Jawapan ringkas – Selagi sumber kami tepat, data kami tepat.

Jawapan panjang – Bergantung kepada daripada mana kami dapat data tersebut.

Bagi kewujudan laman web dan media sosial, kami bergantung kepada kumpulan sukarelawan untuk memeriksa, jadi mungkin ada berlaku ralat, pihak admin juga meneliti jika ada sebarang data bertindih dan ‘membersihkan’ ia sebelum dimuat naik ke atas laman.

Bagi data Wikipedia bagi kadar menang dan maklumat am, sumber-sumber ini telah dikemas kini dengan bagus sepanjang tahun-tahun setakat ini.

Bagi data Rekod Parlimen (Hansard), ia hampir selengkap rekod penuh, namun kehadiran di Parlimen masih belum disiarkan secara rasmi (dan kami sangat ingin perkara ini terjadi).
Kami harap kami dapat menjawab persoalan yang ada. Jika anda ada soalan yang spesifik tentang sebarang data yang anda lihat pada laman ini, sila hubungi kami.