Tentang MYMP

MyMP adalah satu inisiatif oleh MCCHR (Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights) pada tahun 2016. Versi pertamanya menyenaraikan kesemua Ahli Parlimen, dengan bantuan sukarelawan untuk memasukkan data tentang Ahli Parlimen tersebut supaya orang ramai dapat mengenali ahli politik yang telah dilantik secara lebih dekat.

Apa yang anda lihat sekarang adalah versi 2.0, sebuah projek yang bermula pada September 2020, oleh satu kumpulan kecil (Seah, Chak dan Makerzone) sukarelawan dan pembangun web yang bekerjasama dengan MCCHR untuk menjadikan proses mengenali Ahli Parlimen anda menarik dan seronok. Kami kini bukan sahaja menjejak dan merekodkan lebih banyak data, kami juga fokus dalam memaparkan maklumat tersebut dalam cara yang berbeza.

Projek pertama kami adalah seperti yang tertera – avatar 8 bit bagi setiap Ahli Parlimen serta karakteristik yang menyerupai permainan RPG, dikira berdasarkan objektif, data dan pemerhatian oleh kumpulan sukarelawan di MCCHR, Sinar Project dan Undi18.

Kami sentiasa berusaha dalam mencari cara yang lebih baik dan menarik untuk memaparkan data Ahli Parlimen kepada orang awak tanpa memihak kepada mana-mana parti, serta bekerjasama dengan sukarelawan dalam menjaga dan menambah koleksi data kami, supaya ahli politik di Malaysia dipertanggungjawabkan, kini dan masa hadapan.

Facebook
Instagram
Twitter